-KEBAIKAN VITAMIN C-







PETIKAN DARI HARIAN METRO.
Superfruit vitamin C

BUAH-BUAHAN dan sayur-sayuran mengandungi beri bu-ribu fitokimia yang cenderung untuk saling bertindak dalam pelbagai cara bagi mencegah penyakit di samping meningkatkan kesihatan.

Makan pelbagai jenis buah-buahan dan sayur-sayuran sa tu-satunya cara terbaik untuk memanfaatkan tindakan kom pleks ini.

Hasil pelbagai kajian epidemiologi dan percubaan klinikal turut membuktikan pemakanan yang kaya dengan buah-bua han dan sayur-sayuran mampu mengurangkan risiko pe nyakit kronik.

Buah-buahan dan sayur-sayuran juga sumber yang kaya dengan bahan antioksida. Bahan antioksida adalah bahan atau nutrien dalam makanan yang boleh mencegah atau me lambatkan kerosakan pengoksidaan kepada tubuh.

Oksigen nutrien paling penting yang diperlukan setiap sel untuk melepaskan tenaga dalam makanan yang menjalankan semua proses badan. Dalam tindak balas biokimia biasa, oksigen boleh menjadi tidak stabil dan mampu ‘mengok sidakan molekul bersebelahan’, yang menyebabkan kero sakan sel.

Dikenali sebagai radikal pengoksidaan bebas, sisa tubuh ini perlu dilumpuhkan untuk mengurangkan kerosakan ter babit.

Ahli sains percaya bahan antioksida membantu mencegah dan meredakan tekanan akibat aktiviti radikal bebas.

Bahan antioksida yang utama adalah vitamin A, C dan E serta beta karotena dan flavonoid di samping mineral bahan antioksida seperti zink dan selenium. Ini terdapat dalam buah-buahan dan sayur-sayuran serta pelbagai jenis kacang dan bijian.

Kajian meluas menunjukkan pemakanan yang kaya dengan bahan antioksida seperti buah-buahan dan sayur-sayuran, memberikan perlindungan yang ketara terhadap penyakit berkaitan dengan usia.

Vitamin C adalah satu nutrien penting yang tidak boleh dihasilkan oleh tubuh, justeru kita perlu makan makanan yang mengandungi vitamin terbabit.

Disebabkan tubuh menguraikan vitamin C dengan cepat dan jumlah yang disimpan agak sedikit, vitamin C perlu diambil secara tetap, seelok-eloknya setiap hari.

Buah-buahan yang padat dengan vitamin C adalah buah anggur hitam, jambu batu, betik, lemon, tembikai, oren dan beri.

Karotenoid dan vitamin A memainkan peranan penting antaranya membabitkan penglihatan, daya ketahanan, ke sihatan kulit dan aktiviti bahan antioksida.

Selain sifat antioksidanya, pengambilan makanan yang kaya dengan flavonoid dalam jumlah yang besar dikaitkan dengan penurunan risiko penyakit kardiovaskular.

Ia lazimnya didapati dalam beri ungu, merah dan biru, anggur merah dan ungu serta epal.

Zink dan selenium pula adalah bahan antioksida yang terkandung dalam kacang seperti badam, kacang tanah serta bijian seperti biji labu dan biji bunga matahari dan makanan laut.

Sejak akhir-akhir ini, superfruit digunakan oleh industri makanan untuk merujuk kepada buah-buahan yang lebih kaya nutrien terutama kandungan vitamin C dan anti oksida.

Antaranya adalah buah anggur hitam, beri biru, manggis, noni, buah delima dan kranberi yang didefinisikan sebagai superfruit.

Anggur hitam atau blackcurrant bukanlah sejenis anggur, tetapi lebih dekat kepada jenis beri seperti beri biru dan strawberi.

Saiznya juga jauh lebih kecil daripada anggur biasa tetapi anggur hitam diakui antara sumber vitamin C semula jadi yang tinggi.

hit counter

No comments: